Wed, Sep 02 | Webinar @TheNewNormalSeries

HIV: Pengurangan Kemudaratan

Sejumlah 3,293 kes HIV direkodkan di Malaysia pada tahun 2018 dan 94% daripada jumlah itu dijangkiti melalui seks. Anda bimbang? Daftar sekarang!
Registration is Closed
HIV: Pengurangan Kemudaratan

Date & Time

Sep 02, 2020, 11:00 AM – 12:00 PM
Webinar @TheNewNormalSeries

Speakers

Dr. Nurul Aida Salleh, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan KL

Dr Nurul kini bertugas di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur sebagai Pakar Perubatan Keluarga. Beliau mempunyai minat khusus dalam bindang Perubatan HIV. Beliau juga telah berjaya menubuhkan unit HIV/ STI/ Hepatitis C dan juga Metadon di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur

Dr Iqa Mohd Salleh, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Majlis AIDS Malaysia

Pensyarah Kanan, Jabatan Perubatan Sosial dan Pencegahan, Universiti Malaya

Dr Iqa Mohd Salleh baru-baru ini menamatkan PhD di University of British Columbia, Kanada. Tesis beliau adalah tentang pengurangan kemudaratan bagi mereka yang menjalani rawatan, khususnya rawatan metodan dan kepatuhan terhadap rawatan HIV; yang menonjolkan peranan institusi sosial. Beliau kini menjadi pensyarah di Jabatan Perubatan Sosial dan Pencegahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya dan penyelidik di Centre of Excellence for Research in AIDS (CERIA).

Syed Azmi, Aktivis Sosial

Syed Azmi ingin dikenali sebagai Non-Government Individual (BGI). Beliau terlibat dalam gerakan mempromosikan perubahan dan kebaikan dalam komuniti. Berlatarbelakangkan  ahli farmasi beliau cenderung mengutarakan topik-topik seperti kanak-kanak, warga emas, pekak dan buta, kemiskinan, pendidikan dan masyarakat terpinggir. Beliau memegang jawatan Pengerusi Pelindung Kanak-kanak Wilayah Persekutuan, Lembaga  Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara, Lembaga Pengarah Sukarelawan, Lembaga Pelawat Taman Seri Puteri Cheras,  Penasihat Mahkamah untuk Kanak-kanak di Mahkamah Jalan Duta KL, Penolong Pelindung Kanak-kanak, menubuhkan sebuah NGO bernama PUAK (Persatuan Untuk Anak Kita) dan menolong kebajikan Ex Patron for Transit Home for Pregnant Teenage Girls Out of Wedlock yang dipanggil “Rumah Kita” di Selangor dan Penasihat Rumah Bonda di Kuala Lumpur dan Sukarelawan Geriatric Wad Hospital Kuala Lumpur. Semua usaha beliau boleh dilihat melalui Facebooknya iaitu Syed Azmi.

Azryn Azhari Arshad, Strategic Partnership, Karex

Azryn merupakan graduan dengan Kepujian dalam jurusan Psikologi yang di Akreditasi dari British Psychological Society (BPS). Beliau di perakui oleh Persekutuan Persatuan Kesihatan Reproduktif (FRHAM) bagi kesihatan seksual dan reproduktif. Beliau juga terlatih dan diperakui oleh sektor kesihatan mental UK di bawah National Health Service (NHS), di mana beliau telah menjalani latihan untuk kesihatan mental dan merupakan kaunselor kesihatan mental yang di sahkan oleh BPS dan NHS. Buat masa ini, Azryn bertanggungjawab sebagai “Strategic Partnership” untuk Kumpulan Karex. Di Karex, beliau menerajui perkongsian sektor korporat, NGO dan Pendidikan – termasuk Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Registration is Closed

Share This Event

All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia

Email:
linc@astro.com.my

Contact:

+603-9543 6688 / +603-2303 5580

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

© 2021 Astro Awani Network Sdn. Bhd. (535275-D) All Rights Reserved.

AWANI LINC LOGO [COLOR].png