Wed, Oct 07 | Webinar @TheNewNormalSeries

MAHASISWA MALAYSIA: Tidak Kisah? Atau Bisu?

Nilai murni, sifat kemanusiaan dan sifat tolong-menolong sesama manusia, perlu ada di kalangan semua manusia. Mahasiswa patut menyelami nilai kesukarelawanan di kampus dan lantas ke dalam kehidupan seterusnya. Bimbang minda kesukarelawan mahasiswa dan sikap endah semakin menjauh? DAFTAR Sekarang.
Registration is Closed
MAHASISWA MALAYSIA: Tidak Kisah? Atau Bisu?

Date & Time

Oct 07, 2020, 11:00 AM – 12:00 PM
Webinar @TheNewNormalSeries

Speakers

Haffiz Salleh, Mahasiswa IPTS

Haffiz Salleh merupakan seorang Ahli Parlimen Belia Malaysia. Beliau juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Marang. Selain itu, beliau juga memegang jawatan Ketua Penerangan Gerakan Belia 4B Malaysia.

Danial Akmal Hamdan, Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2019/2020

Muhammad Danial Akmal Bin Hamdan merupakan Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2019/2020. Beliau adalah Pelajar Tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Dakwah & Pengurusan Islam (Kepujian).

Najidah Yahaya, Pegawai Psikologi, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Merupakan anak ke 7 dari 13, mendapat pendidikan rendah & menengah di Pahang dan pendidikan tinggi di Sarawak. Beliau menjalani latihan awal dalam bidang kaunseling di Hospital Selayang dan seterusnya berkhidmat di UPSI sejak tahun 2007. Mempunyai kepakaran di dalam bidang kaunseling, latihan dan mempunyai minat yang mendalam terhadap sukarelawan.

Teras beliau adalah terhadap: Sesi kaunseling, latihan insaniah kepada pelajar dan menjadi penasihat kepada kelab pelajar didalam keusahawanan sosial. Masa lapangnya dipenuhi dengan mengembara, melihat tingkah laku manusia dan kehidupan kehidupan orang lain.

Beliau berpegang pada pada pepatah “If I ease people, Allah may ease me & my life”.

Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain, Timbalan Pengarah, Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm), Universiti Putra Malaysia (UPM)

Mohd Izani Mohd Zain merupakan Timbalan Pengarah di Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm), Universiti Putra Malaysia (UPM). Di samping itu, beliau juga bertugas sebagai profesor madya di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau juga telah dilantik sebagai Felo Penyelidik di Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Felo Bersekutu di Majlis Profesor Negara (MPN) dan Setiausaha, Pertubuhan Pembangunan Penyelidikan dan Dasar Pendidikan Tinggi Malaysia (PenDaPaT). Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar (SUA) Menteri Pengajian Tinggi dari 2009 hingga 2013.

[MODERATOR] Dr. Azlinariah Abdullah, Editor Kanan, Astro Awani

Registration is Closed

Share This Event

All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia

Email:
linc@astro.com.my

Contact:

+603-9543 6688 / +603-2303 5580

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

© 2021 Astro Awani Network Sdn. Bhd. (535275-D) All Rights Reserved.

AWANI LINC LOGO [COLOR].png