Wed, Aug 05 | Webinar

Pasca Moratorium: Bagaimana untuk TIDAK PANIK?

Menangani masalah kewangan pasca moratorium yang digantikan dengan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar. Bagaimana lanjutan ini berfungsi? Siapakah yang layak untuk menerima lanjutan ini? Daftar Sekarang!
Registration is Closed
Pasca Moratorium: Bagaimana untuk TIDAK PANIK?

Date & Time

Aug 05, 2020, 11:00 AM – 12:00 PM GMT+8
Webinar

Speakers

Haizad Rizal Aziz, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan SME Bank

Haizad Rizal mempunyai pengalaman bekerja di Ireland selama 10 tahun dengan BDO Simpson Xavier, Daiwa Europe Fund Manager dan KPMG sebelum kembali ke Malaysia pada tahun 2009.

Memulakan perkhidmatan dengan Kumpulan RHB Bank Berhad sebagai Ketua Pengurusan dan   Pelaporan Berkanun Kumpulan. Kemudian beliau dilantik menjadi Ketua Kewangan, RHB Islamic Bank Berhad dan seterusnya menjadi Naib Presiden di RHB   Investment Bank Berhad sebelum menjawat jawatan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan dengan Kumpulan Syarikat Johawaki pada tahun 2013.

Beliau merupakan Ahli Felo (FCA) Institut Akauntan Bertauliah (ICAI) di Ireland dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam bidang Perakaunan dan Kewangan dari Liverpool John   Moores University. Beliau juga mengikuti Program Pengurusan dan Kepemimpinan   Lanjutan di Said Business School, University of Oxford.

Haizad Rizal menyertai SME Bank pada bulan Mac 2016 dan kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan.

Nor Fazleen Zakaria, Pengurus Besar, Bahagian Operasi, AKPK

Nor Fazleen memulakan kerjayanya di AmBank (M) Berhad pada tahun 1994 dan mendapat pendedahan awal kepada permasalahan pemungutan semula hutang. Beliau kemudian ke bahagian penilaian untuk kelulusan pinjaman serta pemantauan pinjaman bagi pelanggan perbankan korporat.

Pada tahun 2003, Nor Fazleen menyertai Alliance Investment Bank Berhad. Sebagai ketua bahagian, beliau mengurus semua perkara berkaitan dengan pinjaman bersindiket / Sekuriti Hutang Swasta / Bon dari awal tempoh pembayaran sehingga tamat tempoh termasuk pemungutan dan pembayaran balik hutang.

Dengan pengalaman kerjaya yang cemerlang selama 12 tahun di sektor perbankan, Nor Fazleen kini ialah Pengurus Besar Operasi AKPK. Beliau menyertai AKPK pada bulan kelapan penubuhannya oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2006. Kerjaya beliau terus berkembang, dan kini, menyelia tiga jabatan AKPK: Pendidikan Kewangan, Pengurusan Cawangan dan Khidmat Pelanggan, dan Komunikasi Korporat.

Dengan pengalaman selama lebih dua dekad bersama pihak bank dan pengguna kewangan dalam pemulihan dan penstrukturan semula hutang, No Fazleen mempunyai banyak pemerhatian berguna tentang tingkah laku kewangan golongan pekerja dewasa Malaysia.

Nor Fazleen memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Perakaunan dan Kewangan daripada University of Brighton, United Kingdom. Beliau ialah seorang Ahli Bersekutu Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), United Kingdom.

Farizan Kamaluddin, Pengurus Kanan, Jabatan Pengurusan Strategi, KWSP

Puan Farizan mula berkhidmat di KWSP sejak tahun 1991 dan kini berkhidmat sebagai Ketua Seksyen Policy Advisory, Jabatan Pengurusan Strategi. Tanggungjawab utama beliau adalah untuk menggubal dasar-dasar atau polisi untuk menambahbaik manfaat Skim KWSP bagi faedah persaraan kesemua ahli KWSP. Beliau juga bertanggungjawab dalam membekalkan input untuk penggubalan dasar Kerajaan mengenai perlindungan kewangan pada usia tua. 

Di samping itu, Pn. Farizan juga aktif dalam menjalankan Program Komunikasi kepada ahli dan pihak berkepentingan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan ahli terhadap manfaat Skim KWSP, kepentingan perancangan kewangan atau merancang persaraan dan isu-isu berkaitan persaraan dan perlindungan sosial. 

Beliau memegang Ijazah Sarjana Sains Pembangunan Manusia dari UPM dan juga ditauliah sebagai Perancang Kewangan Berdaftar atau “Registered Financial Planner” oleh Malaysian Financial Planning Council (MFPC) pada tahun 2011.

Hjh Rohani Datuk Hj Mohd Shahir, Pengarah Hijrah Wealth Management Sdn Bhd

Puan Hajah Rohani bt Datuk Hj Mohd Shahir ialah Pengasas serta Perunding Utama HIJRAH Wealth Management Sdn Bhd, syarikat konsultan dalam bidang perancangan kewangan Islam. Beliau merupakan seorang akauntan bertauliah kelulusan Bachelor of Economics dari Sydney University Australia (1981).

Sebelum ini beliau juga merupakan Pengerusi Eksekutif, HIJRAH Unit Trust Management Berhad yang mengeluarkan dana syariah pertama untuk wanita, ASNITA. Beliau telah berjaya menghasilkan enam buah buku tentang pengurusan kewangan peribadi, termasuk ’best -seller’ buku pertama pada Jun 2005 yang bertajuk ’Cukup Wang Hati Tenang’.

Buku kedua bertajuk ’Kemana Wang Anda’ diterbitkan pada 2009. Buku ketiga berjudul ’Bijak Mengurus Wang’ berada di pasaran awal 2012, buku keempat dicetak pada April 2014 iaitu 'Cukupkah Wang Anda' dan dua buku cetakan 2017 bertajuk”Ada Apa dengan RM” dan ”Elak ICU Kewangan”. Beliau pernah mengendalikan rancangan radio IKIM.fm dalam slot Wanita dan Pelaburan.

Radio KLfm juga menemuduga beliau setiap Rabu pagi selama 16 tahun dalam Tip Pengurusan Kewangan dan MelakaFm setiap Khamis pagi selama 3 tahun. Beliau sering muncul di kaca TV dalam program berkaitan pengurusan kewangan seperti Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Inidan Selamat Pagi Malaysia, Astro Awani, Bijak Wang TV3 dan Fulus TV Al Hijrah , di rancangan Potret Niaga TV3 pada awal 2015 dalam slot Pengurusan Kewangan Peribadi dan rancangan ” kelolaan PNB di TV Al Hijrah dan ”Lets DU IT” di TV3 kelolaan KWSP. Pada tahun 2017, beliau tampil dalam slot ”Duit Duit” bersiaran di TV9 dalam rancangan ”Nasi Lemak Kopi ”O”.

[MODERATOR] Rizal Zulkapli, Editor Astro AWANI

Rizal Zulkapli menyertai Astro AWANI pada tahun 2007 dan kini berkhidmat sebagai Editor dan Penyampai Berita. Rizal adalah penerbit dan hos untuk program perniagaan dan ekonomi Niaga AWANI dan hos untuk AWANI Global, program mingguan yang membincangkan isu global semasa.

Antara temubual utamanya termasuk bersama Setiausaha Luar UK, Dominic Raab, Menteri Luar Iran Javad Zarif, Presiden Indonesia, Joko Widodo, Menteri Kewangan Indonesia, Bambang Brodjonegoro dan Menteri Luar the Netherlands, Stef Blok.

Di dalam lebih sedekad bertugas di Astro AWANI, banyak liputan penting yang dikelolakannya termasuk liputan mendalam COVID-19, tragedi Tembakan di Christchurch, MH370, MH17 dan QZ8501, kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah dan Allahyarham Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat serta liputan kemerdekaan Republik Sudan Selatan pada 2011.

Selain daripada itu, Rizal turut diberi kepercayaan untuk menjadi koresponden Astro AWANI di Ernst & Young World Entrepreneur of the Year Award di Monaco pada tahun 2012, 2013 dan 2014.

Rizal mendapat pendidikan di Centre for Advanced Design KL dan Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) dari Taylor’s University, gemar menghabiskan masa lapangnya membaca tentang pelbagai perkara termasuk pengembaraan, gastronomi dan undang-undang. Dari sudut lebih serius, minatnya menjurus ke arah ekonomi dan komuniti ASEAN, subjek utama program yang pernah diterbitkannya, Rizal’s ASEAN. 

Rizal Zulkapli juga adalah Felo Akhbar Wolfson College Cambridge pada 2018.

Registration is Closed

Share This Event