Thu, Sep 10 | Webinar @TheNewNormalSeries

PENDEKAR SEMAK FAKTA: Tapisan Kendiri Memerangi Berita Palsu

Hentikan penyebaran berita palsu dan jadilah pengguna yang bertanggungjawab lagi bijaksana dengan menyemak fakta! Jangan jadi mangsa atau pemangsa. DAFTAR Sekarang.
Registration is Closed
PENDEKAR SEMAK FAKTA: Tapisan Kendiri Memerangi Berita Palsu

Date & Time

Sep 10, 2020, 11:00 AM – 12:00 PM
Webinar @TheNewNormalSeries

Speakers

Aya Lowe, Integrity Partnerships, Facebook

Aya Lowe mengurus program-program perkongsian berita dan pemeriksaan fakta di seluruh Asia Pasifik. Sebelum menyertai Facebook, beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun bekerja sebagai wartawan di Timur Tengah dan Asia. Beliau kini menguruskan biro Filipina untuk Channel News Asia.

Dr Mahaletchumy Arujanan

Pakar Sains Komunikasi SMC, Editor-in-Chief, The Petri Dish

Dr Mahaletchumy Arujanan merupakan Pakar Sains Komunikasi SMC, Editor-in-Chief, The Petri Dish. Beliau mempunyai PhD dalam komunikasi sains dan memainkan pelbagai peranan di Malaysia mahu pun Antrabangsa untuk mewujudkan pemahaman masyarakat mengenai sains.

Manminder Kaur Dhillon, Pengasas, Supernewsroom/ Intelectasia

Manminder Kaur Dhillon merupakan seorang pengamal PR yang banyak memenangi anugerah. Beliau merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Intelecasia dan Supernewsroom, sebuah platform perhubungan awam digital pertama di Asia. Merupakan juga merupakan pengarang  untuk “Public Relations for Startups”, The Ultimate Paybook.

Beliau telah memenangi Anugerah Kecemerlangan Pemasaran dalam Perhubungan Awam (Anugerah Emas) dan Vikingcubator Best Media Tech Startup untuk Supernewsroom. Manminder juga memberi khidmat perundingan perhubungan awam kepada konglomerat, GLC dan sektor swasta.

Beliau merupakan pelatih PR terkemuka di Malaysia dan telah melatih ratusan CEO dan Profesional Perhubungan Awam di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Beliau pakar dalam digital PR, krisis komunikasi dan hubungan media. Manminder merupakan bekas wartawan Astro AWANI dan mempunyai Ijazah Sarjana Korporat dalam Komunikasi. Beliau juga merupakan penasihat industri  bagi program Sarjana Muda Perhubungan Awam Universiti Tunku Abdul Rahman sejak tahun 2016. Supernewsroom adalah penerima Cradle CIP 500 dan DEQ 800, iaitu dari syarikat pelaburan Cradle Fund.

[MODERATOR]

Harits Asyraf Hasnan, Wartawan Kanan, Astro AWANI

Muhammad Harits Asyraf Bin Hasnan memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan bermula pada tahun 2011 sebagai wartawan portal berita online ketika dia masih melanjutkan pengajian Komunikasi dan Media di UiTM Melaka.

Dia kemudian meneruskan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kewartawanan di UiTM Shah Alam. Ketika di latihan industri di Astro AWANI (Biro Negeri Perak), dia ditawarkan bekerja sebagai wartawan di Astro AWANI, Kuala Lumpur.

Asyraf kini merupakan wartawan di meja Berita & Hal Ehwal Semasa. Sejak mula bertugas di Astro AWANI pada Julai 2014, beliau seringkali ditugaskan untuk membuat liputan berkenaan tragedi yang berlaku di dalam dan luar negara.

Antara liputan yang pernah dia mengambil tempat seperti kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah, nahas pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 di Indonesia, kejadian banjir yang hampir melumpuhkan Kelantan serta upacara pengkebumian Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Asyraf pernah merangkul anugerah Laporan Berita Video Terbaik, Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2016 dan Anugerah Kewartawanan Media TV, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK).

Registration is Closed

Share This Event

All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia

Email:
linc@astro.com.my

Contact:

+603-9543 6688 / +603-2303 5580

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

© 2021 Astro Awani Network Sdn. Bhd. (535275-D) All Rights Reserved.

AWANI LINC LOGO [COLOR].png