Seminar Labur Saham Syariah
Date & Time
Speakers
[MODERATOR]
Dino Omar, Anchor, Astro AWANI
Dino Omar ialah seorang pengacara dan penerbit untuk Astro AWANI.
Kepakaran beliau khusus kepada pengacaraan program bersama dengan tokoh tokoh-tokoh terkemuka daripada pelbagai sektor. Beliau juga terkenal kerana pernah menghasilkan program pemotoran berkelas dunia.
Beliau kini menyelia dan menyediakan kandungan berilmiah untuk ‘LINC| Learn, Interact, Network & Connect’ yang menyediakan pelbagai webinar dan bengkel khas untuk Astro AWANI.
Helmy Kasim, Speaker, Trainer dan Coach untuk VI College
Beliau pernah berkhidmat dengan beberapa syarikat multi nasional termasuklah Bank Pelaburan. Pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Besar dalam firma penasihat kewangan berlesen daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti yang menawarkan perkhidmatan penasihat kewangan dan pelaburan patuh syariah yang merangkumi pelaburan saham dan perancangan persaraan.
Beliau juga merupakan ahli Perancang Kewangan Berdaftar Syariah (“Shariah Registered Financial Planner (SRFP)”) yang berdaftar di Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (“Malaysian Financial Planning Council (MFPC)”) dan mempunyai kelayakan untuk Melatih Pelatih oleh MFPC. Beliau juga pernah menulis beberapa artikel mengenai pelaburan.
Beliau percaya bahawa pelaburan saham yang menggunakan kaedah Melabur Nilai merupakan satu proses yang perlu dipelajari oleh setiap orang dalam menangani isu keperluan kewangan dan untuk mencapai matlamat kewangan peribadi serta dapat memberi pelbagai manfaat secara amnya.