Thu, Sep 17 | Workshoppe @AstroAWANI

SUKA MAKAN: Keseimbangan Dan Kepelbagaian Diet Yang Sihat

Kenapa anda ingin berdiet? Adakah diet itu baik? Bagaimana untuk diet dengan betul? Semuanya bakal terjawab dalam Workshoppe @AstroAWANI dan dapatkan Promo Code bernilai 10% bagi setiap pembelian Special Weight Loss Program & Executive Meal Plan di EZ Diet. DAFTAR Sekarang!
Registration is Closed
SUKA MAKAN: Keseimbangan Dan Kepelbagaian Diet Yang Sihat

Date & Time

Sep 17, 2020, 11:00 AM – 12:00 PM GMT+8
Workshoppe @AstroAWANI

Speakers

Iffah Zainal, Pengarah/Pengasas Bersama EZ Diet

Iffah Zainal Abidin merupakan Pengasas dan Pengarah Bersama EZ Diet Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada 6 tahun yang lalu. Ez Diet ditubuhkan bersama  suami dan rakan-rakan dengan misi untuk menolong orang ramai menikmati dan mempermudahkan menjalani diet mereka dengan pelbagai pilihan makan yang telah di masak, di sukat dan di kira kalorinya dengan slogan “Diet dipermudah dengan EZ Diet”. 

Beliau berusia 39 tahun. Di kurniakan dengan 3 orang cahaya mata, berkelulusan di dalam M.Sc (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia pada tahun 2006 dan mempunyai pengalaman lebih dari 15 tahun dalam menguruskan pelbagai bidang perniagaan. Beliau gemar membaca, begitu positif dalam penjagaan diri dan suka mengisi masa lapang bersama keluarganya.

Dengan banyak pengalaman menguruskan perniagaan, beliau berdiri teguh sebagai pemimpin dan wanita hebat yang begitu disayangi oleh ahli keluarganya, rakan-rakan, pekerja mahupun pelanggannya. 

Beliau berpegang pada pepatah “What you release into the world will always be donated back to you”, dan ini menunjukkan kemurahan hati beliau dalam membantu masyarakat sekeliling

[MODERATOR] Hakim Rahman, Anchor, Astro AWANI

Sejak menyertai Astro AWANI pada 2012, Hakim Rahman telah menyumbang laporan dalam pelbagai bidang, antaranya pencerobohan pengganas di Lahad Datu, laporan kesihatan, politik dalam negara hinggalah tragedi melibatkan MH17 di Ukraine.

Sering ditugaskan membuat liputan berita jenayah dan keselamatan, Hakim turut dianugerahkan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) pada 2013 sebagai penghargaan dalam memberikan laporan sepanjang Ops Daulat selain mendapat Anugerah Kewartawanan Kesihatan Terbaik 2014 (Televisyen) oleh Kementerian Kesihatan.

Sebagai wartawan penyiaran dan penyampai berita, Hakim sebelum ini berkhidmat sebagai wartawan kadet di akhbar Utusan Malaysia selama setahun dan ditempatkan di meja jenayah. Hakim merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kewartawanan daripada UiTM.

Registration is Closed

Share This Event

All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia

Email:
linc@astro.com.my

Contact:

+603-9543 6688 / +603-2303 5580

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

© 2021 Astro Awani Network Sdn. Bhd. (535275-D) All Rights Reserved.

AWANI LINC LOGO [COLOR].png