The New Normal Series:

Covid-19: Penugasan Semula Pekerjaan atau Penciptaan Pekerjaan Baru?

Powerpoint slides as presented by 

Muna Munirah 

Powerpoint slides as presented by 

Anthony Ng Mun Sun

Powerpoint slides as presented by 

Mohamad Nazrul Aziz

Powerpoint slides as presented by 

Dr. Zafir Khan Bin Mohamed Makhbul

ABOUT THE EVENT

17 Jun 2020, Rabu
10:00 - 11:00 Pagi

MODERATOR

Dzulfitri Yusof

Editor Kanan Astro Awani

Editor kanan dan juga penyampai di Astro AWANI, nama Dzulfitri Yusof sinonim dengan pengolahan naratif-naratif penting hal ehwal semasa di Malaysia. Dia juga salah seorang peneraju utama Buletin Awani 7:45.

Sepanjang kariernya di Astro AWANI, antara sumbangan terbesarnya ialah sebagai Penerbit program Agenda AWANI, di mana dia memainkan peranan penting menghasilkan strategi bagi mengupas isu-isu penting dari pelbagai sudut termasuk politik , pendidikan, ekonomi, persekitaran dan hak asasi manusia.

Dia juga terlibat membuat liputan berita tempatan dan antarabangsa seperti tragedi MH370 dan MH17. Dzulfitri mempunyai pengalaman luas mengendalikan konten berkaitan pilihan raya, seperti Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14. Dia juga pernah mengendalikan acara ASAL 2018 yang dianjurkan oleh Astro AWANI sebagai tukang cerita.

Dzulfitri memegang Ijazah Sarjana Muda Penyiaran dari Universiti Teknologi Mara.

SPEAKERS

Muna Munirah Wan Nordin

Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas bersama qwork.my

Muna Munirah Wan Nordin ialah Ketua Pegawai Eksekutif & pengasas bersama Qwork.my. Dia mempunyai latar belakang dalam bidang Perakaunan dan Kewangan, pada masa yang sama mempunyai keinginan mendalam untuk mempelajari dan menceburi bidang perfileman. Hasil dari minat ini, dia berjaya menerbitkan beberapa siri dokumentari bertaraf antarabangsa yang disiarkan di Discovery Channel Asia. Melalui Qwork, dia berhasrat berkongsi semangat untuk sentiasa dahaga menimba ilmu baharu bagi merealisasikan potensi sebenar ekonomi gig.

Anthony Ng Mun Sun

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Institute of Technology Academy (MIT)

Graduan University of Hertfordshire di United Kingdom, Anthony Ng selaku Ketua Pegawai Eksekutif MIT Academy, boleh dianggap pakar di dalam bidang pembangunan modal insan. Dia juga memegang kelayakan profesional Program Transformasi Digital (dari AI ke IoT ke Cloud, Blockchain dan Keselamatan Siber) pada tahun 2019 dari Massachusetts Institute of Technology di Amerika Syarikat. Setakat ini, pelbagai projek memfokuskan kepada kebolehkerjaan dan penambahbaikan kemahiran vokasional dan teknikal telahpun berjaya dikendalikannya.

Mohamad Nazrul Aziz

Ketua Bahagian Graduan dan Bakat Baharu, TalentCorp

Nazrul Aziz ialah seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia.

Sebagai Ketua Graduan dan Bakat Baharu di TalentCorp, Nazrul bertanggungjawab dalam membangun dan melaksanakan intervensi strategik untuk menarik, mengekalkan dan memupuk graduan serta bakat muda Malaysia.

Dalam tempoh perkhidmatannya selama 15 tahun sebagai seorang penjawat awam, dia telah berkhidmat di pelbagai agensi di setiap lapisan pentadbiran merangkumi bidang tugas pembangunan fizikal dan sosial, R&D sosioekonomi, sumber manusia dan kewangan serta pembangunan kepimpinan.

Nazrul memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pembangunan Lestari) daripada Universiti Sains Malaysia dan Sarjana Muda Sains (Perkomputeran Perniagaan) daripada Universiti Teknologi MARA.

Hawati Abdul Hamid

Penyelidik Khazanah Research Institute (KRI)

Seorang penyelidik di Khazanah Research Institute (KRI), Hawati Abdul Hamid bertanggungjawab mendalami pelbagai masalah sosio-ekonomi seperti ketidakseimbangan serta mobiliti dan perlindungan sosial.

Sebelum menyertai KRI, dia pernah bertugas di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Agensi Berita Nasional, Malaysia (Bernama).

Hawati memiliki Ijazah Sarjana dalam Pengajian Pembangunan Antarabangsa dari Graduate Institute for Policy Studies Tokyo, Jepun dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan Eksekutif dari Universiti Teknologi Mara dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Ekonomi dan Pengkomputeran dari University of Kent, United Kingdom.

Dr. Zafir Khan Bin Mohamed Makhbul

Timbalan Dekan Hal Ehwal Prasiswazah, Fakulti Ekonomi & Perniagaan, UKM

Dr. Zafir Khan Bin Mohamed Makhbul ialah profesor dalam bidang pengurusan sumber manusia dan pengurusan organisasi di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dia mempunyai lebih 22 tahun pengalaman dalam pengajaran dan penyelidikan bersama UKM, dengan pengalaman industri dari Motorola, Hong Leong Finance dan Agrobank.

Sebagai ahli akademik, dia terlibat secara langsung dalam aktiviti pengajaran, penyelidikan, penulisan dan khidmat masyarakat dalam bidang pengurusan sumber manusia dan pengurusan organisasi di samping bertanggungjawab sebagai penyelia utama dan pemeriksa luar bagi pelajar Ijazah Kedoktoran dan Sarjana.

Dr. Zafir turut memegang keahlian badan profesional iaitu Malaysian Institute of Human Resource Management, The American Institute of Stress dan Malaysian Industrial Hygiene Association.

1st Floor, 

Exchange Square Annexe

Bukit Kewangan,

Kuala Lumpur

Email:
linc@astro.com.my

Contact:

+603-9543 6688 / +603-2303 5580

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

© 2020 Astro Awani Network Sdn. Bhd. (535275-D) All Rights Reserved.

AWANI LINC LOGO [COLOR].png